Khamis, 18 Julai 2019

Sesiapa yg berminat ingin beli Pokok Tongkat Ali

Assalamualaikum...Salam Jumaat
Sesiapa yg berminat ingin beli Pokok Tongkat Ali
 Jual Secara Borong..
 Nk Clearkan...
 Mempunyai Lebih 80,000 pokok
 Tinggi 2kaki - 3kaki
 Di dalam Polibag
 Kuala Krai Kelantan
💰 *Harga Rm5.00 Sepokok*
🚛 *Penghantaran  Disediakan*
-----------------------------------------

*Penghantaran🚛 Percuma Bagi Pembelian Minima 100 Pokok Ke Atas Harga Rm8.00 Sepokok - Extra 5 Pokok*
🌱Boleh War2 kan kepada Kenalan Tuan/Puan Tentang Pokok Tongkat Ali ðŸŒ±
Untuk Order:-

OderPoKokTongkatAli


Rabu, 30 November 2016

Asas Keusahawanan



1.0 Pengenalan E-Dagang

          Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama dalam perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh etronik(e) dalam bidang urusan harian saperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang.Komponen penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web. Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan pada tahun (2000) meningkat ke $73 billion ( Mondahl,1995 ). Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan secara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia ( Berita Harian,23 Mac,1999). Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan eletronik ini (berdasarkan kajian) akan mengubah trend urusniaga. E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. Proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Menurut Lee Foong Yeaw (1998) e-dagang adalah: E-commerce includes any form of computerised commercial transactions. These transactions may mean buying and selling of products and services on networked computers over the Internet either by consumers or between company and company.E- commerce also includes handling purchasing transactions,electronic fund transfers (EFT), buying and selling of new "commodities" such as electronic information concerning stock prices and classified advertisements.

2.0       Sejarah Dan Evolusi E-Dagang

          Pelbagai kefahaman dan tafsiran daripada lapisan masyarakat memahami tentang istilah E-Dagang mengikut pemikiran dan kefahaman individu masing-masing.Banyak persoalan di main di pemikiran masyarakat dunia bertanyakan mengenai E-Dagang, memahami bahawa E-Dagang merupakan 1 proses jual dan beli menerusi Internet dikenali sebagai World Wide Web (WWW) – Schneider, 2009
           Pelbagai pandangan dan perpektif yang berbeza-beza mengertikan pandangan terhadap E-dagang. Menurut pandangan daripada Kalakota dan Whinston (1997) E-dagang merupakan perspektif komunikasi, perpekstif proses perniagaan, perpekstif perkhidmatan atau servis dan juga perpekstif atas talian dipanggil On-line. Pelbagai pandangan terhadap takrifan E-dagang mengikut perpekstif masing-masing.
           E-dagang dan e-perniagaan sering kali dibincangkan oleh para pengarang,ahli sarjana, dan penyelidik contohnya seperti Rao (2000), Hanson (2000), Reynolds (2004), Jawahitha (2004), Li, Zhang, dan Wu (2008), Botha, Bothma, dan Geldenhuys (2005), Coupley (2005), Chaffey (2007), Laudon dan Travel (2007), Botha, Bothma, dan Geldenhuys (2008), Schneider (2009), Neto, Fusco dan Reas (2010), Grefen (2010), Xu dan Quaddus (2010) dan lain-lain khususnya mengenai maksud kedua-dua istilah tersebut dari sudut persamaan dan perbezaannya.
           Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi penyelidik untuk mengenalpasti dan mengetahui terlebih dahulu tentang kedua-dua istilah tersebut terutama sekali bagi pengertian e-dagang.
           Pada tahun 1997 E-Perniagaan diistilahkan oleh satu badan syarikat iaitu Syarikat International Business Machines (IBM) telah menjadi popular kepada pengguna E-Perniagaan (Chaffey, 2007; Schneider, 2009). E-Perniagaan dikenalkan sebagai tranformasi proses perniagaan menerusi penggunaan teknologi Internet. Selain itu, dikenali sebagai aktiviti jenis perniagaan khusus yang dibentuk oleh pelbagai pengunaan Teknologi Maklumat (IT) Grefen (2010). Ia menerangkan bahawa penggunaan menerusi IT ini menjadikan faktor yang dapat dibezakan antara E-Perniagaan dengan perniagaan secara tradisional. E-Perniagaan juga dikenali sebagai paltfom ruang untuk perniagaan yang sangat luas dikenali sebagai E-Perniagaan yang mempercepatkan dan memudahkan proses kitaran perniagaan yang melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna mahupun jual dan beli.
          E-Dagang merupakan dinamakan sebagai aliran utama (mainstream) yang melancarkan sesuatu perniagaan untuk urusan jual dan beli barangan mahupun perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynolds, 2004) .Menurut pandangan Reynolds, E-dagang merupakan platform yang mengunakan kaedah bharu untuk urusan jual dan beli barangan, pengedaran barangan dan penawaran perkhidmatan menerusi elektronik. E-dagang dikenali sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi di mana hubungan tersebut bukan hanya berlaku sekadar untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, malah mampu melakukan proses pembelian barangan dan perkhdimatan yang ditawarkan oleh pelbagai organissasi.
           Disamping itu, dikenali sebagai aktiviti perniagaan yang terus menerusi peningkatan penyelarasan transaksi barangan atau perkhidmatan dalam internet. Ia disebabkan peningkatan yang melonjak  pengunaan internet pada masa kini. – Hanson, 2000.
E-dagang banyak mecerminkan aktiviti seperti pertukaran dengan perningaan yang lain dan proses internal atau dalaman yang digunakan oleh sesebuah badan syarikat atau organisasi untuk menyokong urusan pembelian, penjualan mahupun penyewaan perancangan dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan pengunaan laman sesawang.
Selain itu, istilah menggunakan awalan “E” menggambarkan tentang sesuatu istilah yang digunakan dengan pelbagai maksud serta pengertian yang berlainan antara satu sama lain. Namun, kedua-dua istilah ini boleh digunakan silih berganti antara satu sama lain – Schneider, 2009.
           E-dagang dan E-perniagaan banyak persamaan dalam pelbagai aspek antara saru sama lain. Malah kedua-dua kategori tersebut tidak menerangkan khusus serta pengertian yang tepat berkenaan dengan kedua-dua istilah tersebut dalam literature yang boleh dipercayai. E-dagang atau pun E-perniagaan mengandungi maksud yang luas merangkumi pelbagai jenis transaksi elektornik sebagai contoh Perniagaan kepada Perniagaan (B2B). Perniagaan kepada Pengguna (B2C), Pengguna kepada Pengguna (C2C), mobile commerce (m-c),dan lain-lain rangkaian jaringan sosial yang diperkenalkan. Ia melibatkan hubungan atara komunikasi sesame dengan organisasi yang lain serta hubungan dengan penguna.
           Banyak pentafsiran mengatakan E-perniagaan dengan E-dagang merupakan perkara yang sama. Namun begitu, E-dagang adalah sebahagian daripada E-perniagaan. Eperniagaan juga terbentuk daripada istilah yang merangkumi kesemua istilah termasuk E-dagang. Electronic Data Interchange (EDI), pesaing analisis (competitor analysis) dan Penyesesuaian Semula Perniagaan (Internet Based Business Process Re Enginering).Konsep kefahaman mengenai E-dagang adalah bergantung kepada tafsiran seseorang itu. Namnun ia meliputi pelbagai aspek urusan perdagangan dan aktiviti kewangan yang tidak hanya urusan jual beli semata-mata. Ia menjadi peranan dalam meluaskan hubungan perdagangan ke serata dunia menerusi teknologi masa kini. Skop E-dagang terdiri daripada ramai pihak seperti penjual, pembeli, pelanggan,pihak kerajaan,orang awamdan sebagainya.Faktor asas terhadap sistem E-dagang ini adalah internet. Penggunaan internet telah merevolusikan aktiviti perdagangan untuk menjadikan aktiviti yang terpenting pada masa kini dan mengutamakan bagi perkembangan ekonomi yang pesat dan maju. Kewujudan E-dagang melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan tanpa had masa dan sempadan. Segalanya perhubungan dan penyebaran informasi perdagangan menjadikan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan E-dagang di serata dunia.

3.0       Kepentingan E-Dagang Dalam Perniagaan

           Penggunaan e-dagang Tahap pengunaan e-dagang secara global dalam kajian ini akan memberi penekanan terhadap taburan kekerapan bagi penggunaan jenis e-dagang, jangka masa telah menggunakan e-dagang, waktu menggunakan e-dagang, dan lokasi responden menggunakan e-dagang . Hasil kajian ini mendapati bahawa lebih separuh daripada responden pernah menggunakan jenis e-dagang iaitu terdiri daripada Consumerto-Government (C2G) (63.3%) dan Consumer-to-Consumer (C2C) (61.3%). Bagi jangka masa menggunakan e-dagang pula majoriti adalah di sekitar satu hingga dua tahun yang mewakili sebanyak 24.7 peratus. Waktu yang dipilih oleh responden untuk melakukan e-dagang pula adalah pada waktu malam iaitu sebanyak 54.7 peratus diikuti oleh waktu pagi sebanyak 40.7 peratus. Seterusnya jenis lokasi yang menjadi pilihan responden dalam melakukan e-dagang adalah di rumah (76.7%) dan di pejabat (70.7%). Jenis kategori bagi jenis e-dagang, waktu, dan lokasi menggunakan e-dagang tidak boleh dicampurkan dari segi peratusannya kerana jawapan adalah lebih daripada satu.
Hasil kajian seterusnya melihat kepada jumlah masa yang diperuntukkan oleh responden kajian terutama dari segi tempat yang dipilih. Antara tempat yang dipilih untuk melakukan urusan e-dagang ialah di rumah, pejabat, kafe siber, dan lain-lain Hasil kajian mendapati hampir separuh (46.1%) responden memperuntukkan jumlah masa kurang dari 59 minit bagi tempat di rumah, manakala di tempat pejabat pula mendapati majoriti responden, iaitu seramai 72 orang (67.9%) pula memperuntukkan masa juga kurang dari 59 minit. Bagi tempat kafe siber dan lain-lain pula, terdapat sebilangan kecil sahaja responden yang mengakses e-dagang di tempat tersebut. Ia mewakili sebanyak empat orang responden bagi tempat kafe siber yang majoriti daripadanya (50%) memperuntukkan masa kurang daripada 59 minit. Begitu juga untuk tempat lain-lain yang mendapati majoriti (66.7%) daripada keseluruhan responden yang menjawab iaitu enam orang memperuntukkan masa di kawasan tersebut juga kurang dari 59 minit. Tempat lain-lain yang dinyatakan oleh responden adalah seperti di bank dan kedai makan yang memiliki akses Internet.
Faktor Mudah digunakan didapati memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini didapati hipotesis 2 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor mudah digunakan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor mudah digunakan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat .Hasil kajian oleh Lim dan rakan-rakan (2008) mendapati bahawa faktor mudah digunakan memiliki hubungan positif yang signifikan terhadap penggunaan laman web e-pembelian. Faktor mudah digunakan telah lama dikenal pasti sebagai keperluan asas terhadap reka bentuk sesebuah sistem (Chau, 1996).
Oleh yang demikian, faktor mudah digunakan merupakan faktor yang memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan e-dagang. Faktor pengaruh sosial juga didapati turut memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang.
Faktor kepercayaan didapati memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kepercayaan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kepercayaan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat Ia juga turut disokong oleh Yoon (2009) yang mendapati bahawa faktor Kepercayaan memiliki hubungan signifikan yang positif dengan membeli-belah menerusi online.
Justeru, faktor kepercayaan juga merupakan faktor yang turut memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan e-dagang. Faktor kos sememangnya memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kos dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang.

Faktor kos memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat .Hasil kajian oleh Ching dan Hsi (2007) pula mendapati bahawa faktor kos mempunyai hubungan signifikan yang negatif terhadap keputusan membeli muzik secara online. Ini membuktikan bahawa semakin tinggi kos sesuatu barangan atau perkhidmatan tersebut, maka semakin kurang keputusan pengguna untuk membeli barangan secara online. Venkatesh dan Brown (2001) dalam kajian mereka mendapati bahawa harga yang tinggi merupakan perencat utama ke arah keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu pembelian.
Sehubungan dengan itu, faktor Kos merupakan faktor penyumbang dalam mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem baharu khususnya e-dagang. Faktor keselamatan didapati turut memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor keselamatan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor keselamatan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat [Hasil kajian oleh Hing (2009) mendapati bahawa faktor Keselamatan adalah memiliki hubungan positif yang signifikan dengan menerima guna perbankan Internet. Oleh yang demikian, faktor Keselamatan turut dilihat memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan aplikasi e-dagang.

        
4.0       Tahap Penggunaan E-Dagang Di Malaysia

         Dari segi tahap penggunaan E-dagang di Malaysia bermula pihak kerajaan Malaysia telah menubuhkan badan yang memberi kelebihan dalam penggunaan Internet. Pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia melancarkan kesemua perkhidmatan awam mengunakan sistem on-line atau talian internet untuk urusan ramsi mahupun urusan perniagaan antara kearajaan. Pendekatan ini telah dibuat setelah melihat perkembangan penggunaan aplikasi menerusi On-line tersebut telah berkembang dengan lebih pesat di beberapa negaran dan pihak kerajaan telah mendikan ini sebagai satu peluang keemasan. Hasil kajian menunjukkan Negara Malaysia berada di tanggan ke-33 daripada 64 negara yang terlibat penggunaan E-dagang. Kajian berkenaan adalah bagi mengukurkan kepatuhan seperti telah disarankan oleh Kerajaan Malaysia dalam pasaran dengan menggunakan peluang berasaskan perkhidmatan Internet mahupun dipanggil E-dagang. Sasaran telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan perkhidmatan berasaskan E-dagang diterima pakai dan seterusnya disesuaikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
           Terdapat beberapa syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi menerusi E-dagang ini dengan cara atau kaedah yang disarankan seperti kewujudan laman sesawang untuk memudahkan urusan perniagaan, perkongsian maklumat dan sebagainya. Pihak kerajaan Malaysia meneruskan usaha ini dengan beberapa agensi dan kementerian sendiri telah menjadikan perintis kepada perkembangan dan pengunaan aplikasi E-dagang dengan membekalkan seberapa banyak dana dan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan aplikasi ini  Berjaya membuahkan hasil yang lumayan kelak.
Antara pihak kementerian dan agensi yang terlibat adalah seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS), telah melancarkan satu program dengan terbitan E-dagang iaitu AgriBazzar.com pada tahun 2004. Setelah wujud E-dagang, ianya membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya perantaraan menerusi Internet. Ia dapat mengurakan kos dari segi logistic dan pengurusan .
Jumlah penggunaan E-dagang turut meningkat. Hasil kajian oleh SKMM mendapati bahawa jumlah penguna E-dagang telah menerusi cacatan meningkat drastic kepada 40 peratus padat tahun 2010. Dengan ini memacu ekonomi Negara dengan lebih pesat dengan sejajar saranan pihak kerajaan untuk mencapai nilai ekonomi yang tinggi berasaskan pengatahuan. MIMOS merupakan perintis kepada wujud internet di Malaysia dengan perkenalkan Rangkaian Komputer Malaysia pada tahun 1987. Penggunaan Internet dikembangkan dari segi infrastruktur dan penggunanya sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Penggunaan Internet semamangnya satu fenomena peningkatan yang luar biasa mengatasi elektronik yang lain. Penggunaan E-dagang menerusi internet di Malaysia telah mencatat 17 juta orang ia amat memberansangkan . Peningkatan ini telah menunjukkan bahawa telah ramai pihak mewujudkan E-dagang tidak kira syarikat kecil-kecilan hingga Industri Mega menjadikan kayu pengukur terhadap perkembangan E-dagang.
            Oleh peningkatan telah ditunjukkan menjadi petunjuk bahawa ramai pihak yang menyedari kelebihan E-dagang. Internet mewakili contoh yang Berjaya terhadap kelebihan dalam mengekalkan pelaburan dan komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan dalam infrastruktur maklumat. E-dagang kini merupakan manifestasi kepada banyak perkembangan dari segi pembangunan dan ianya juga merupakan pengerak kepada perubahan dan pembaharuan yang mana bukan sahaja ke atas infrastruktur, malah terhadap aplikasi penguna perkhidmatan dan inovasi teknologi. Pada tahun 2010 bilangan pengguna Internet melepasi 2 bilion dimana jumlah tersebut daripada Negara yang sedang membangun termasuk Malaysia. Sejajar dengan perkembangan tersebut, merancakkan lagi pengunaan aktiviti E-dagang. Hal demikian kerana dengan peningkatan jumlah pengunaan Internet, potensi E-dagang berkembang dengan lebih pesat.

5.0       Cabaran Dan Halangan Penggunaan E-Dagang

         Kewujudan teknologi semamangnya memiliki cabaran dan halangan dalam mencapai kejayaan atau sebaliknya terutama apabila ianya melibatkan proses pengguna menerima sesebuah teknologi ke dalam urusan kerja dan aktiviti harian masyarakat setempat pada peringkat pemulaannya. – Siti Zobidah, Musa, Narimah dan Jusang – 2008
           E-dagang memerlukan perkembangan yang terancang agar dapat diterimapakai oeleh masyarakat menjadikan sebahagian aktiviti seharian kelak. Pelaksanaan menggunakan E-dagang yang baru ini amat bergantung kepada pihak bertanggungjawab dalam melaksanakan pengoperasian teknologi agar ia dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dan akhirnya mencapai tahap pengguna yang dinginkan.
           E-dagang merupakan sistem yang diwujudkan bagi memudahkan pengguna tidak kira pengguna tersebut sebagai pembekal, pengurus, pembeli mahupun pelanggan untuk menjalankan urusan seharian tanpa kerumitan. E-dagang amat berguna kepada semua masyarakat yang mementingkan urusan yang telus dan cekap untuk menjimatkan kos dan masa untuk sesuatu urusan . Penggunaan E-dagang tidak tertumpu kepada soal perniagaan semata-mata, malah melibatkan kegiatan aktiviti seharian seperti urusan kerajaan, pembayaran bil-bil, insurans dan sebagainya. Pengguna E-dagang mendapat kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna E-dagang. Antaranya dapat menjimatkan masa dan kos. Pengguna E-dagang dapat mengelakkan kesesakkan seperti di kaunter perkhidmatan yang tersedia, Pengguna dapat melayari web E-dagang untuk kemudahan yang tersedia dan lebih cekap.
E-dagang merupakan sebuah teknologi baru tidak terlepas dari cabaran yang ditempuhi dalam usaha untuk dikembangkan dan digunapakai oleh masyarakat. Cabaran dan halangan yang dihadapi ini berlaku diserata dunia termasuklah di Malaysia. Tidak keseluruhan teknologi kini disambut dengan baik oleh segelintir masyarakat. Hanya sebahagian sahaja yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atas urusan kerja dan aktiviti seharian. Di Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun turut mengalami pekembangan penggunaan E-dagang yang tahap rendah. Kebanyakkan badan organisasi menawarkan pengunaan E-dagang kepada pelanggan masih lagi di peringkat awalan dan memerlukan banyak masa untuk diterimaguna sepenuhnya. Hal ini menunjukkan .tidak semua organisasi menerima menggunakan E-dagang dalam pengurusan mereka.
          Banyak syarikat dan badan organisasi membangun dalam tahap awal penerimaan E-dagang. Ini membuktikan bahawa E-dagang dalam peringkat perkembangan dan cabaran ini akan meningkat pada masa hadapan.Sekiranya pihak organisasi kurang mengambil inisiatif terhadap E-dagang ini, maka perkembangan akan terbantut.
           Cabaran yang dihadapi di Negara luar juga menghadapi kesan yang sama dalam perkembangan E-dagang. Hal demikian, perkembangan dari Negara luar akan memberi impak yang positif terhadap penggunaan E-dagang di Malaysia memandangkan masyarakat di Malaysia selalunya dikategorikan sebagai lambat menerima teknologi yang baru.
           Perkembangan E-dagang dikelaskan 5 jenis kategori, bergantung kepada isyarat hubungan dan sistematik untul pelbagai peringkat dan akibatnya mengadopsi suatu inovasi pada pelbagai peringkat dari proses difusi.
Lima kelas individu tersebut adalah terdiri daripada inovator (innovator), penerima terawal (early adopter), majoriti menerima (early majority), majority lewat penerimaan (late majoriti), dan mundur dan menolak penerimaan (laggards) .Masyarakat di Malaysia masih sukar menerima terus sesebuah teknologi baru tanpa adanya bukti atau perkembangan yang positif dari negara luar akan kejayaan sesebuah teknologi baru yang digunapakai (Siti Zobidah-2008).
Kajian daripada SKMM pada tahun 2010 mendapati, pengguna lebih gemar untuk membeli barang di kedai atau pasaraya iaitu sebangayk 66.3 peratus berbanding membeli barangan melalui sistem E-dagang. Selain itu, pengguna masih berasa kurang keyakinan terhadap keselamatan penggunaan sistem E-dagang. Keadaan ini mencederong penggunaan sistem E-dagang menurun tidak mencapai tahap yang disasarkan. 59.1 peratus pengguna berasa kurang keyakinan dan 58.9 peratus berasa penggunaan E-dagang dasar kesalamatan tidak terjamin.
Oleh demikian, hal ini menjadikan cabaran dan halangan perkembangan E-dagang di Malaysia memandangkan ianya telah diperkenalkan secara rasminya sejak lebih sedekad yang lalu menerusi MSC pada tahun 1998 oleh mantan Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Edagang merupakan satu aplikasi perdana yang diberi penerkanan oleh pihak kerajaan untuk dikembangkan dan diperluaskan penggunaanya di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan sedar akan kepentingan perkembangan tersebut dengan memperuntukkan sejumlah yang besar dalam RMK-8 hingga RMK-10.
           Frasarana dan infrastuktur kini giat dibangunkan bagi memudahkan perlaksanaan yang menyeluruh kawasan. Kemudahan tersedia akan tidak memberi erti sekiranya ianya tidak dimanfaatkan dan digunakan semaksimum oleh masyarakat.
          Cabaran dalam mendidik dan memperluaskan pengunaan seperti E-dagang ini bergantung kepada strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan menekankan kepada ilmu yang perlu disemaikan terlebih dahulu sebelum masyarakat mahir menggunakan sistem E-dagang tanpa merasakan was-was terhadap E-dagang.
         Rintangan dan halangan yang dihadapi untuk melaksanakan penggunaan E-dagang juga telah dibahaskan dan dijadikan satu kajian oleh penyelidik. Di Malaysia beberapa cabaran dan halangan dalam melaksanakan E-dagang keseluruhannya. Sebagai contoh cabaran dan halangan yang dikenalpasti seperti faktor sosio ekonomi, isu kebudayaan dan ekesediaan. Terdapat faktor yang dapat memperkembangkan E-dagang yang menyeluruh sekiranya faktor tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Diantaranya faktor tersebut ialah menarik pengeluaran global, melindungi perniaga baru, menarik dan pengekalkan perniagaan dan pelangga, menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran menyokong dasar kerajaan, peraturan dan infrastruktur maklumat berkualiti tinggi. Faktor berkenaan mampu menjana perkembangan yang positif dan mendapat manfaat yang berguna kepada masyarakat mahupun Negara. Namun ianya akan menjadi penghalang andai faktor tersebut gagal dilaksanakan.
         Dalam perlaksanaan E-dagang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan sesebuah komputer sahaja. Malah E-dagang melibatkan banyak fasiliti dan infrastruktur termasuk Internet berkelajuan tinggi. Kemudahan asas tersebut dilihat menjadi nadi utama dalam menentutkan perkembangan yang pesat terhadap penggunaan E-dagang. Namun ia menjadi sia-sia andai kelengkapan tersebut masih tidak mampu dipenuhi dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkembangan E-dagang itu sendiri.
Pembangunan dan perancangan dalam IT semakin giat direncanakan dan diaplikasikan dari segenap sudut. Banyak Negara telah giat menitikberatkan pembangunan infrasturktur dan fasiliti terutama dalam bidang ICT bagi menghadapi dunia siber yang semakin mencabar pada masa akan datang kelak.
Pembangunan pelan IT paling ditekankan sehinggi kini ialah E-dagang, E-Dagang telah mula menjadi perhatian dunia apabila dikenalpasti menjadi pengerak utama kea rah pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah Negara . Peningkatan dalam eksport dan import sebenarnya akan meningkatkan juga perniagaan dan potensi ekonimi yang lebih baik. Keterbatasan dalam menyediakan pelan dan stuktur bagi memenuhi kehendak dan keperluan E-dagang akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pertumbuhan E-dagang. Dengan itu, terdapat beberapa faktor berkait dengan halangan untuk perkembangan pengunaan E-Dagang ini, antaranya fasiliti dan infrasktruktur seperti penyediaan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar. Ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar menjadi pendorong faktor utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan E-dagang dalam sesebuah Negara.
Bagi memenuhi keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada pelanggan, perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan pada masa kini. Hal ini, disebabkan maklumat dan inforasi yang berkaitan produk ataupun perkhidmatan perlu disediakan oleh pembekal. Pengguna akan mendapat maklumat yang terperinci menerusi laman sesawang dan memberi impak positif apabila pengguna turur melakukan proses pembelian dan kegiatan perdagangan menerusi sistem E-dagang.
Kos mengakses internet yang mahal juga menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau infomasi berkaitan dengan produk. Para pelanggan dan perniaga akan menghadapi masalah sekiranya kos menjadi beban kepada meraka. Malah membantutkan perkembangan khasnya E-dagang kerana asas utama dalam sistem E-dagang adalah Internet. Sekiranya memjadi bebanan atas faktor kos mengakses internet pastinya menjadi sukar kepada semua pihak. Selain itu, Internet adalah penyumbang utama untuk melaksanakan aktiviti E-dagang.


6.0       Faktor-faktor Pendorong Penggunaan E-Dagang

         E-dagang merupakan aliran utama membolehkan sesuatu perniagaan menjual barangan dan perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynolds, 2004). E-dagang juga dipanggil sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang bukan hanya berlaku sekadar untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, malah membolehkan proses pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi dilakukan (Botha, Bothma & Geldenhuys, 2008). Turban, Leidner, McLean, dan Wetherbe (2008) pula mentafsir e-dagang sebagai suatu proses pembelian, penjualan, pemindahan, pelayanan, atau pertukaran produk, perkhidmatan, atau informasi menerusi rangkaian komputer, termasuklah Internet. Selain itu, ungkapan e-dagang turut dikenali sebagai aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilakukan dengan menggunakan pelantar Internet dan dalam laman sesawang secara khususnya (Chaudhury & Kuiboer, 2002). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan e-dagang yang telah dikenal pasti oleh pengkaji, iaitu kebergunaan, mudah digunakan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan. Faktor kebergunaan dan faktor mudah digunakan merupakan atribut yang asal daripada Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang dipelopori oleh Davis (1989).

üKebergunaan dan Kemudahgunaan

     Berhubung penggunaan teknologi baharu, iaitu mel elektronik (e-mel) dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem berkenaan terdapat dua faktor digunakan sebagai pemboleh ubah berhubung dengan Model Penerimaan Teknologi (TAM), iaitu faktor kebergunaan (sangat penting dan berguna) dan faktor mudah digunakan. Hasil kajian tersebut mendapati faktor kebergunaan memiliki tahap signifikan yang kuat terhadap penggunaan sistem e-mel. Oleh yang demikian, faktor ini mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah teknologi baharu (Davis, 1989; Davis, Bagozzi, & Warshaw, 1989). Selain itu mendapati faktor kebergunaan memiliki hubungan yang paling kuat terhadap penerimaan perbankan Internet di Hong Kong. Tambah beliau lagi, faktor lain seperti faktor mudah digunakan, risiko terhadap perbankan Internet, dan kepembaharuan peribadi dalam teknologi maklumat (IT) turut memiliki hubungan yang positif dengan menerima guna perbankan Internet. Lee (2009) pula mengenal pasti bahawa pemboleh ubah kebergunaan memiliki hubungan positif yang dapat mempengaruhi penggunaan perbankan Internet di Taiwan.
      Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa faktor mudah digunakan turut memberi kesan terhadap keinginan seseorang untuk membeli menerusi online atau secara offline (Kloping & McKiney, 2004). Hal ini menunjukkan bahawa seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang disediakan sama ada ia mudah digunakan atau sebaliknya dan seterusnya mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut atau memberhentikannya. Justeru, mudah digunakan merupakan faktor penting yang memberi kesan secara langsung kepada pengguna sama ada mahu membeli secara online atau sebaliknya (McCloskey, 2004).

üPengaruh Sosial

      Faktor lain yang mempengaruhi keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah aplikasi yang baharu seperti e-dagang ialah faktor pengaruh sosial. Hasil kajian oleh Fan, Saliba, Kendall, dan Newmarch (2005) mendapati pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain sekiranya mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. Mereka lazimnya akan memberitahu dan menyarankannya kepada rakan mereka yang terdekat supaya turut mencuba dan menggunakan sistem tersebut (Fan dan rakan-rakan, 2005). Pengaruh sosial juga memberi kesan yang lebih mendalam terhadap penerimaan pengguna terhadap sistem m-dagang (m-commerce) (Wei, Marthandan, Chong, Ooi & Arumugam 2009). Hal ini menunjukkan pengaruh sosial sebenarnya memiliki kesan yang lebih mendalam terhadap penerimaan sesuatu aplikasi seperti m-commerce. Bersandarkan kajian lalu, berikut merupakan hipotesis yang dibentuk.


üKepercayaan

      Kajian oleh Jarvenpaa, Tractinsky, dan Vitale (2000) mendapati faktor kepercayaan adalah penting dalam hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi elektronik. Ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan diberi keutamaan oleh pengguna apabila melibatkan penggunaan sesebuah aplikasi dalam sesebuah laman sesawang. Selain itu, Cho, Kwoo, dan Lee (2007) pula mendapati bahawa faktor kepercayaan merupakan aspek yang sangat penting dan rumit dalam suasana persekitaran seperti e-dagang dan m-commerce berbanding dengan perdagangan secara konvensional. Faktor kepercayaan juga merupakan faktor asas dalam sesebuah laman web e-pembelian (Lim, Lim, & Heinrichs, 2008). Penerimaan terhadap faktor kepercayaan yang tinggi dalam sesebuah laman sesawang e-pembelian dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan merupakan faktor penentu sama ada pengguna sesebuah aplikasi tersebut akan menggunakan aplikasi terbabit atau tidak.

ü Kos

      Kajian Mei (2008) mendapati terdapat hubungan pekali yang negatif antara kos e-dagang dengan sumber teknologi e-dagang dan dimensi rangkaian perniagaan menerima dan menggunakan e-dagang. Menurut Mei (2008) lagi, hal ini menunjukkan bahawa apabila semakin tinggi kos daripada e-dagang tersebut, maka semakin bertambah halangan untuk menerima dan menggunakan e-dagang seperti yang dijangkakan. Oleh itu, faktor kos merupakan faktor yang penting dalam menerima dan menggunakan sesebuah inovasi (Sathye, 1999). Malah bagi Sathye (1999), faktor kos merupakan salah satu sebab yang menjadi halangan terhadap penggunaan perbankan Internet di Singapura dan Australia. Kesedaran terhadap kos memiliki hubungan yang signifikan terhadap kecenderungan perbandingan pembelian secara online (Park, 2010). Pengguna membandingkan terlebih dahulu kos yang ditawarkan dalam sesebuah laman sesawang sebelum melakukan pembelian. Sehubungan dengan itu, pengguna amat menitikberatkan perkara berkenaan dengan kos dalam menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan e-dagang. Harga ditakrifkan sebagai jumlah kos kewangan kepada pengguna untuk membeli (Dillon & Reif, 2004). Justeru, harga dan kos yang berpatutan merupakan motivasi utama seseorang pengguna online dalam melakukan urusan pembelian menerusi laman sesawang (Swatman, Krueger & Van der Beek, 2006).

ü Keselamatan

     Faktor keselamatan juga sering dibincangkan dan digunakan oleh para sarjana sebagai pemboleh ubah yang mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesuatu aplikasi yang baharu seperti dalam aplikasi perbankan elektronik. Di samping itu, penggunaan transaksi menerusi elektronik atau Internet tidak dapat menjamin keselamatan 100 peratus memandangkan terdapat kes pencerobohan seperti kecurian kata laluan akaun (atau dikenali sebagai phishing), penggodaman, kod berniat jahat, spam, gangguan, percubaan penembusan untuk mendapatkan informasi sulit, dan sebagainya (e-security 2009; Coleman dan Golub, 2008). Justeru, faktor keselamatan merupakan faktor yang paling penting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan transaksi seperti urusan pembelian secara online atau menerusi kad kredit (Fuenell dan Karweni, 1999). Nadim dan Noorjahan (2007) mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keselamatan dan kerahsiaan berhubung dengan keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem. Faktor keselamatan dititikberatkan oleh seseorang pengguna dalam menggunakan sesuatu sistem yang baharu seperti aplikasi e-dagang.

7.0       Kesimpulan

         Perkembangan E-dagang di Malaysia sememangnya seudah berada pada tahap yang melonjak meningkat dari semasa ke semasa. Dengan usaha dan inisiatif daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan agar memastikan sistem E-dagang ini diimpimentasikan sepenuhnya oleh masyarkat di  Malaysia. Pelbagai faktor dan kerangka dan pembinaan infrastuktur telah membangun kelak. Ia sejajar dengan perkembangan pesat  sistem E-dagang telah diterapkan oleh beberapa Negara maju dan sedang membangun bagi memacu ekonomi masiing-masing.
Sehubungan itu, faktor-faktor pendorong penggunaan E-dagang, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukkan yang besar dan memastikan segala kelengkapan dan keperluan dalam sektor yang berkaitan dengan ICT dapat dibangunkan dan meneruskan dapat memberi manfaat yang berfaedah kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia krususnya pengguna E-dagang.
Faktor pendorong lain, pihak kerajaan telah berusaha gigih memastikan perkhidmatan Internet yang merupakan nadi kepada E-dagang agar dapat dihubungkan kepada masyarakat dengan menyediakan infrastuktur dan perkhidmatan jalur lebar yang tinggi. Perlaksanaan yang berterusan oleh pihak kerajaan peril dtitik beratkan agar sistem E-dagang ini dapat digunakan secara meluas untuk menjadikan Negara sebagai hub pusat perkembangan ICT dan E-dagang yang maju menjelang tahun 2020. Namun begitu, perkembangan dan perlaksanaan dapat dilihat tidak hanya bergantung kepada bahu pihak kerajaan sahaja. Malah turut melibatkan sektor swasta dan badan persendirian untuk menyokong usaha untuk meningkatkan kebersanan dalam mengimplimentasikan sistem E-dagang di Malaysia.
           Selain itu, faktor pendorong E-dagang juga dari segi kewangan dan penyediaan infrastruktur mampu menajlinkan usaha yang erat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta atau badan persendirian. Kekangan dan cabarang yang diharungi mampu mematangkan pihak yang terlibat dalam memastikan sistem E-dagang dapat diperluaskan penggunannya kepada semua lapisan Masyarakat.
          Faktor-faktor pendorong yang lain, sistem E-dagang semangnya perlu mengharungi rintangan serta cabaran yang besar sebelum ia  dapat diaplikasikan dan diterima guna sepenuhnya. Menerusi perancangan dan peruntukan yang besar khususnya dalam bidang ICT untuk perkembangan infrastruktur dan frasarana, pihak kerajaan juga perlu memanfaatkan kepakaran dalam sistem berkenaan untuk diperluaskan penggunaan serta menyerbark luas pengatahuan berkenaan dengan E-dagang ini melalui medium sperti khusus, bengkel, pameran, risalah dan media.
Faktor-faktor pendorongpenggunaan E-dagang juga, di mana pihak bertanggungjawab dan badan-badan NGO perlu memikirkan pendekatan yang bernas bagi membolehkan masyarakat boleh menerima dan menggunakan sistem E-dagang dalam urusan kerja-kerja masing-masing. Hal ini, kajian telah membuktikan bahawa penggunaan E-dagang dapat meningkatk pada tahap yang luar biasa dengan memperkembangkan sistem E-dagang dikembangkan dengan secara menyeluruh di semua lapisan masyarakat.
Selain itu, faktor pendorong penggunaan E-dagang juga, perkembangan teknologi sememangnya memiliki pro dan kontranya. Penerimaan terhadap sesuatu teknologi juga adalah bergantung kepada peranan yang dapat dimainkan bagi menyelesaikan sesuatu kerumitan yang dihadapi pada sebelum ini.
           Dengan adanya sistem E-dagang, ramai pihak bersetuju menjadikan alternative dan pilihan yang sesuai untuk dikembangkan dan diperluaskan lagi penggunaanya. E-dagang juga memperluaskan jualan pemasaran langsung, pembelian barangan melaui peruncit maya, pembelian saham, perbankan internet, pencarian kerja, lelongan dan lain-lain berkaitan perdagangan, kewangan dan pemasaran. Kewujudan internet telah memberi impak yang bernas kepada sistem E-dagang ini. Segala urusan yang berkaitan E-dagang hanya dijalankan menerusi perhubungan dalam internet dan menarik minat ramai pihak untuk mencuba dalam internet. Begitu juga mengimplimentasikan sistem tersebut dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu perkembangan E-dagang wajar dipandang serius oleh semua pihak untuk mempertingkatkan ekonomi ke arah yang maju pada masa hadapan. Wujudnya E-dagang bakal merancakkan lagi urusan ekonomi dan pemasaran yang lebih positif dan boleh diteri pakai oleh masyarakat. Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk berusaha dengn gigih menyediakan infrastuktur serta kemudahan memastikan aplikasi perdana dalam MSC ini tercapai memacu kearah ekonomi yang mapan menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020 kelak.




Lampiran




Rujukan
1.      Hing, Y. K. 2009. Faktor berkaitan dengan penerimaan guna perbankan Internet
        dalam kalangan Universiti Tunku Abdul Rahman. Tesis Sarjana. Selangor:
        Universiti Putra Malaysia

2.      Mohd Yusof Hj.Abdullah et al. 2007. Respons generasi muda terhadap aplikasi 
             e-kerajaan dan e-dagang. e-BANGI : Journal of Social Sciences and
             Humanities, 2 (2), 1-14.

3.      Munirah Khamarudin. 2003. Penerimaan pengguna terhadap e-dagang: kajian  
        kes di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Tesis Sarjana Sains (Pengurusan).
        Sintok: Universiti Utara Malaysia.

4.      Adnan Hussien & Kamaliah Hj. Siarap. 2000). Penggunaan Teknologi
         Komunikasi-Informasi di Kalangan Ahli Akademik di Malaysia.

5.      Hing, Y. K. 2009. Faktor Berkaitan dengan Penerimaan Guna Perbankan Internet
          dalam Kalangan Universiti Tunku Abdul Rahman. Selangor: Universiti
           Putra Malaysia.